|
||||||||||
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan taat setia pada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negeri kami berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kepada yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut : Perikemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Perkhidmatan Sukarela, Bersatu, dan Kesejagatan.
Pertolongan Cemas dan ResusitasiPengenalan Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau
sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang
mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. Apakah yang perlu dilakukan ? * Jangan panik. Anda perlu bertenang Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda. * Jangan Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan
tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk
menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas
dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera.
Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki
peluang yang lebih cerah untuk pulih. Bagaimana mendapatkan bantuan ? Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon. 'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT) Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi. Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahan-alahan yang serius. Mengapa pertolongan cemas ? Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah: * Menyelamatkan nyawa mangsa Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Maklumat yang diberikan di dalam artikel ini membolehkan anda memberikan pertolongan cemas yang berguna dan berkesan. Bilakah diperlukan ? Pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut: * Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen Apakah asas pertolongan cemas yang perlu saya ketahui?Sepatutnya, anda perlu tahu cara-cara untuk 1. Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas) Teknik SAFEPada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud: S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan) * Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan
berhati-hati dan menilai keadaan tersebut) F - Free from danger (Bebas dari bahaya) E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit) Pertolongan Cemas Primer Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk * SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia Bagaimana untuk memberhentikan keadaan tercekik? * Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan
mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan Bagaimanakah caranya untuk menghentikan pendarahan?* Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan Bagaimanakah caranya untuk merawat renjatan * Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan
dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah
punca kemalangan dialihkan. Bagaimanakah cara untuk merawat kecederaan mata * Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan
membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk
membasuhnya keluar Bagaimanakah cara untuk merawat luka terbakar* Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera INGAT! * Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan Kit Pertolongan CemasSetiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik. Satu kit yang asas mengandungi: * Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal BANTUAN PERNAFASAN - Resusitasi mulut-ke-mulut (CPR)RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: MULUT-KE-MULUT MULUT-KE-HIDUNG MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR * Sianosis - kepucatan Prosedur EAR * Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)Apakah CPR? Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. Siapakah yang boleh memberikan bantuan CPR? Anda perlu latihan yang formal untuk membolehkan anda memberikan bantuan CPR dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika nyawa mangsa bergantung kepada CPR, dan tiada orang lain yang lebih berkelayakan, anda perlu memberi bantuan tersebut. Mengapa kita perlu tahu mengenai CPR? Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Untuk maklumat lanjut mangenai pembelajaran CPR, hubungi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Pelajarilah kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang anda sayangi. Kaedah: Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan. Sebutkan dengan kuat ,Adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999) CPR Peringkat Awal * Saluran udara o Jika mangsa tidak bernafas * Edaran darah o Jika nadi mangsa masih hadir o Jika nadi mangsa sudah tiada Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan)Lakukan di dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat. Garis panduan baru untuk CPR Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang melakukan CPR di waktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. Meraka menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan. Perubahan-perubahan ini telah dimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baru yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tanda-tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR. Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada berpandukan garis panduan yang baru, dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen atau lebih dikenali sebagai Heim-Lich Maneuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar. Perubahan-perubahan lain berdasarkan garispanduan baru ini termasuklah: * Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada,
berselang-seli dengan 2 bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah
pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan
pambantu yang ada ketika itu. http://awaskemalangan.com/AWAS/CPR Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan. BANTUAN PERNAFASAN MULUT-KE-MULUT CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION 3 LANGKAH ASAS ( 1. PANGGIL BANTUAN Periksa samada mangsa tiada tindakbalas (unresponsiveness). Jika tiada tindakbalas, panggil bantuan kecemasan terdekat (hospital). Kembali kepada mangsa - jika keadaan mendesak, anda perlu berikan bantuan CPR tanpa menunggu bantuan perubatan / ambulans.
2.
HEMBUS Condongkan kepala
mangsa ke belakang.
3. TEKAN Jika mangsa masih
tidak bernafas dengan normal, tidak batuk, atau masih tidak bergerak:
CPR
untuk kanak-kanak kecil (Umur 1 - 8 tahun): 1) Jika
anda berseorangan dan bantuan ambulans lambat: 2) Gunakan sebelah tangan sahaja untuk menekan dadanya 3) Tekan
dada mangsa (victim's sternum - tulang dada) ke 4) Berikan 1 HEMBUSAN NAFAS & 5 TEKANAN DADA Bantuan pernafasan CPR - lebih terperinci Untuk siapa patut bantuan CPR diberikan? Mangsa
yang terputus pernafasan akibat:
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |